• Ada-Ada
    Maksud: Ada sesuatu
    Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.

  • Adat Balai
    Maksud: Adat dalam istana raja.
    Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

  • Adik Angkat
    Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
    Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara

  • Abang Angkat
    Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
    Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah

  • Abang Ipar
    Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
    Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

  • Abang Kandung
    Maksud: Abang yang seibu sebapa.
    Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

  • Abu Angin
    Maksud: Telah musnah sama sekali.
    ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

  • Abu Jahal
    Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
    Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

  • Abu Nawas
    Maksud: Orang yang suka berhelah.
    Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

  • Ada Akal
    Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
    Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

  • Ada Angin
    Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
    Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

  • Ada Bakat
    Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.
    Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

  • Ada Can
    Maksud: Ada peluang.
    Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

  • Ada Gaya
    Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
    Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.

  • Ada Hati
    Maksud: Keinginan.
    Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

  • Ada Jalan
    Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
    Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

  • Adu Buku
    Maksud: Bertinju.
    Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

  • Adu Domba = Mengadu Domba
    Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.
    Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

  • Adu Kening = Beradu Kening
    Maksud: Berhadap-hadapan muka.
    Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

  • Adu Lengan = Beradu Lengan
    Maksud: Beradu kekuatan.
    Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

  • Adu Nasib = Mengadu Nasib
    Maksud: Mencari rezeki.
    Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

  • Adu Untung
    Maksud: Mencari rezeki.

  • Air Mandi
    Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
    Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

  • Air Muka
    Maksud: a) Wajah b) Maruah
    Contoh Ayat:
    a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang.
    b) “Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai,” kata Imad kepada Husin.

  • Air Pasang
    Maksud: Paras air laut yang meningkat.
    Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.

  • Air Sembilan
    Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
    Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.

  • Air Setaman
    Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
    Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.

  • Air Surut
    Maksud: Paras air laut yang turun.
    Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

  • Ajak-Ajak ayam
    Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
    Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

  • Akal Belut
    Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
    Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.

  • Akal Kancil
    Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

  • Akal Sejengkal
    Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
    Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.

  • Alas Cakap
    Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
    Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.

  • Alas Kata
    Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.

  • Alas Perut
    Maksud: Makan sedikit.
    Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

  • Alih Akal = Beralih Akal
    Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.
    Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.

  • Alih Angin = Beralih Angin
    Maksud: Berpindah tempat tinggal.
    Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.

  • Alih Muka = Beralih Muka
    Maksud: Menyamar.
    Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.

  • Alim Kucing
    Maksud: Pura-pura baik.
    Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

  • Aliran Masa
    Maksud: Perubahan masa.
    Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.

  • Aliran Masyarakat
    Maksud: Kehendak masyarakat.
    Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.

  • Ambil Abu
    Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
    Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.

  • Ambil Ada
    Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.
    Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

  • Ambil Angin
    Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.
    Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.

  • Ambil Bahagian
    Maksud: Menyertai.
    Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

  • Ambil Berat
    Maksud: memberi perhatian terhadap sesuatu

  • Ambil Mudah
    Maksud: menganggap sesuatu perkara itu mudah

  • Ambil Ingatan
    Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
    Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.

  • Ambil Muka = Mengambil Muka
    Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.
    Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.

  • Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah
    Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
    Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.

  • Ambil Tahu = Mengambil Tahu
    Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
    Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

  • Anak Adam
    Maksud: Umat manusia.
    Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.


  • Anak Air
    Maksud: Sungai kecil.
    Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.

  • Anak Baju
    Maksud: Baju dalam.
    Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.

  • Anak Buah
    Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
    Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknyapergi menunaikan haji ke Makkah.
    Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

  • Anak Bukit
    Maksud: Bukit kecil.
    Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.

  • Anak Didik
    Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
    Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.

  • Anak Emas
    Maksud: Orang yang sangat disayangi.
    Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.

  • Anak Gahara
    Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
    Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

  • Anak Haram
    Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
    Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.

  • Anak Jantan
    Maksud: Lelaki yang berani.
    Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

  • Anak Kandung
    Maksud: Anak sendiri.
    Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.

  • Anak Kapal
    Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
    Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.

  • Anak Negeri
    Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
    Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa.

  • Babi Buta = Membabi Buta
    Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.
    Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.

  • Bahasa Ibunda
    Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
    Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

  • Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar
    Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.
    Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya.

  • Bahasa Pasar
    Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.
    Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan.

  • Baik Budi
    Maksud: Baik hati.
    Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua.

  • Baik Hati
    Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
    Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.

  • Baik Sangka
    Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.
    Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang.

  • Balas Budi = Membalas Budi
    Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.
    Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu.

  • Balik Gagang = Berbalik Gagang
    Maksud: Berpihak kepada musuh.
    Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya.

  • Balik Hati = Berbalik Hati
    Maksud: Berubah pendirian.
    Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya.

  • Bangkai Bernyawa
    Maksud: Orang yang tidak berguna.
    Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.

  • Bantal Lengan = Berbantal Lengan
    Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin.
    Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.

  • Banting Tulang = Membanting Tulang
    Maksud: Bekerja bermati-matian.
    Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga.

  • Banyak Akal
    Maksud: Banyak helah.
    Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.

  • Banyak Cakap
    Maksud: Orang yang suka berleter.
    Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya.

  • Banyak Mulut
    Maksud: Orang yang suka berleter.

  • Bapa Angkat
    Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.
    Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim.

  • Bapa Kandung
    Maksud: Bapa sebenar.
    Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak.

  • Basuh Mulut = Pembasuh Mulut
    Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan.
    Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut.

  • Batu Api
    Maksud: Orang yang suka menghasut.
    Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.

  • Batu Loncatan
    Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar.
    Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan.

  • Bau-Bau Bacang
    Maksud: Persaudaraan yang jauh.
    Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.

  • Bawa Alamat
    Maksud: Memberi tanda.
    Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.

  • Bawa Hati
    Maksud: Merajuk.
    Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang.

  • Bawa Hidup
    Maksud: Merantau mencari penghidupan.
    Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal.

  • Bawa Mati
    Maksud: Menyebabkan mati.
    Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal.

  • Bawa Mulut
    Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain.
    Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.

  • Bawa Nasib
    Maksud: Merantau mencari penghidupan.

  • Bawa Nyawa
    Maksud: Menyelamatkan diri.
    Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi berlaku.

  • Bawa Sial = Membawa Sial
    Maksud: Mendatangkan malang.
    Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah.

  • Bawa Tempurung
    Maksud: Minta sedekah.
    Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung.

  • Bawa Tuah = Membawa Tuah
    Maksud: Mendatangkan keuntungan.
    Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada perniagaannya.

  • Bawah Angin
    Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur.
    Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.

  • Bawah Bendera
    Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.
    Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris.

  • Bawah Tanah
    Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.
    Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah.

  • Bayang Kata = Dibayang Kata
    Maksud: Dikias.
    Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu.

  • Berat Mulut
    Maksud: Orang yang pendiam.

  • Berat Sebelah
    Maksud: Tidak adil.
    Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya.

  • Berat Tangan
    Maksud: Pemalas.
    Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur.

  • Bulan Kesiangan
    Maksud: Berwajah pucat.
    Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek.

  • Bulan Madu
    Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.
    Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi.

  • Bulan penuh
    Maksud: Cantik.
    Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya.

  • Bulat Fikiran
    Maksud: Mengambil keputusan yang tetap.
    Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri.

  • Bulat Kata
    Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh.
    Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama.

  • Bunga Bangsa
    Maksud: Orang yang berjasa kepada negara.
    Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa.

  • Cabut Nyawa
    Maksud: Membunuh.
    Contoh Ayat: “Janganlah kau cabut nyawaku,” pinta Rashidah.

  • Cacing Gila
    Maksud: Meronta-ronta.
    Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila.

  • Cacing Kepanasan
    Maksud: Gelisah.
    Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis.

  • Cacing Naik Ke Mata
    Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.
    Contoh Ayat: “Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata,” kata Tuk Penghulu.

  • Cahaya Mata
    Maksud: Anak.
    Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua.

  • Cakap Angin
    Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.
    Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan.

  • Cakap Besar
    Maksud: Meninggi diri.
    Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.

  • Cakap Mulut
    Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.
    Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut.

  • Cakar Awan = Pencakar Awan
    Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.
    Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.

  • Cakar Ayam
    Maksud: Tulisan yang buruk.
    Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.

  • Campur Cakap
    Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.
    Contoh Ayat: “Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya,” kata ayah.

  • Cangkul Angin
    Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.
    Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan.

  • Cari Akal = Mencari Akal
    Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
    Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

  • Cari Bala
    Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
    Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.

  • Cari Fasal
    Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
    Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim.

  • Cari Ikhtiar
    Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh.
    Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.

  • Cari Makan
    Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.
    Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

  • Cari Muka
    Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.
    Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.

  • Cari Nama = Mencari Nama
    Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.
    Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

  • Cari Salah
    Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.
    Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi kawannya itu.

  • Cecah Bahu = Mencecah Bahu
    Maksud: Sampai ke paras bahu.
    Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu.

  • Cecah Bumi = Mencecah Bumi
    Maksud: Jejak ke bumi.
    Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi.

  • Cepat Lidah
    Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
    Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung.

  • Cepat Mulut
    Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.
    Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya.

  • Cepat Tangan
    Maksud: Orang yang suka mencuri.
    Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.

  • Cerai Hidup
    Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.
    Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu.

  • Cerai Kasih = Bercerai Kasih
    Maksud: Putus percintaan.
    Contoh Ayat: Akibat bercerai kasih dengan tunangannya, dia membawa diri ke ibu kota.

  • Cerai Mata = Bercerai Mata
    Maksud: Berpisah.
    Contoh Ayat: Sejak bercerai mata dengan ibunya, anak kecil itu sering menangis.

  • Cerai Mati = Bercerai Mati
    Maksud: Suami isteri yang bercerai kerana salah seorang daripadanya meninggal dunia.
    Contoh Ayat: Kalsom bercerai mati dengan suami pertamanya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

  • Cerai Susu = Bercerai Susu
    Maksud: Bayi yang telah berhenti menghisap susu.
    Contoh Ayat: Bayi itu telah diberikan makanan pejal sejak bercerai susu.

  • Cerita Burung
    Maksud: Berita yang tidak berasas.
    Contoh Ayat: Jangan percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Si Husin kerana itu semua cerita burung belaka.

  • Cermin Bangkai = Bercermin Bangkai
    Maksud: Menanggung malu akibat sesuatu kejadian.
    Contoh Ayat: Lebih baik mati daripada hidup bercermin bangkai.

  • Cuci Mata
    Maksud:
    a) Melihat pemandangan yang cantik.
    b) Melihat perempuan yang cantik-cantik.
    Contoh Ayat:
    a) Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya.
    b) Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya.

  • Cuci Perut
    Maksud: Membersihkan perut dengan julap dan lain-lain.
    Contoh Ayat: Doktor menyuruh saya cuci perut sebelum pembedahan dilakukan.

  • Cuci Tangan
    Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.
    Contoh Ayat: Dia cuci tangan setelah melanggar kambing kepunyaan Mutusamy.

  • Dabik Dada = Mendabik Dada
    Maksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.
    Contoh Ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya.

  • Dagang Piatu
    Maksud: Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara.
    Contoh Ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia.

  • Daki Dunia
    Maksud: Harta dunia.
    Contoh Ayat: Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia.

  • Dakwat Tumpah
    Maksud: Rambut yang hitam lebat.
    Contoh Ayat: Rambut Rozita yang bagai dakwat tumpah itu sungguh cantik dipandang.

  • Dalam Kekeringan
    Maksud: Sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.
    Contoh Ayat: Saya dalam kekeringan bulan ini kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki kereta saya yang rosak.

  • Dalam Tangan
    Maksud: Sesuatu yang pasti akan dimiliki.
    Contoh Ayat: Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurang-kurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan.

  • Dapat Hati
    Maksud: Beroleh cinta, cinta yang berbalas.
    Contoh Ayat: Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Jusoh sering kelihatan tersenyum sendirian.

  • Dapat Khabar = Mendapat Khabar
    Maksud: Menerima berita.
    Contoh Ayat: Pak Leman mendapat khabar anaknya menjadi pelajar terbaik di United Kingdom.

  • Dapat Malu = Mendapat Malu
    Maksud: Menanggung malu.
    Contoh Ayat: Ah Hok mendapat malu apabila dia ditangkap kerana mengedar dadah.

  • Dapat Nama = Mendapat Nama
    Maksud: Menjadi terkenal.
    Contoh Ayat: Anisa mendapat nama setelah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang cerpen.

  • Dapat Terpijak
    Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.
    Contoh Ayat: Zainon dapat terpijak hadiah bonus yang bernilai RM5000.

  • Darah Daru Setampuk Pinang
    Maksud: Masih muda.
    Contoh Ayat: Walaupun Sira seperti darah baru setampuk pinang dia berani berhadapan dengan musuh di perbatasan.

  • Darah Daging
    Maksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.
    Contoh Ayat: Anak abang saya adalah darah daging saya.

  • Darah Gemuruh
    Maksud: Mudah gugup.
    Contoh Ayat: Swee King tewas dalam pertandingan syarahan itu kerana dia darah gemuruh.

  • Darah Manis
    Maksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.
    Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.

  • Darah Panas
    Maksud: Cepat marah.
    Contoh Ayat: Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas.

  • Darah Putih
    Maksud: Keturunan bangsawan.
    Contoh Ayat: Kassim sebenarnya berdarah putih dan nama sebenarnya ialah Raja Kassim bin Raja Alauddin.

  • Datuk Nenek
    Maksud: Leluhur.
    Contoh Ayat: Petua datuk nenek tidak harus dilupakan.

  • Delima Merekah
    Maksud: Warna bibir yang cantik.
    Contoh Ayat: Bibirnya yang bagai delima merekah itu sentiasa mengukir senyuman.

  • Depan Hidung = Di Depan Hidung
    Maksud: Terlalu dekat.
    Contoh Ayat: Bakul besar yang di depan hidung pun dia tidak nampak, apalagi kalau disuruh mencari jarum.

  • Detak Hati
    Maksud: Perasaan, kata hati.
    Contoh Ayat: Detak hatinya mengatakan bahawa adiknya masih hidup.

  • Detik Jantung
    Maksud: Bunyi degup jantung.
    Contoh Ayat: Seakan terhenti detik jantung Ayu apabila mendengar berita kematian sahabat baiknya.

  • Diam Diri = Berdiam Diri
    Maksud: Tidak berkata-kata.
    Contoh Ayat: Dia hanya berdiam diri dalam mesyuarat itu.

  • Diam Penggali
    Maksud: Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.
    Contoh Ayat: Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali.

  • Diam-Diam Lepu
    Maksud: Pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.
    Contoh Ayat: Jangan percayakan Azhar itu kerana dia diam-diam lepu.

  • Diam-Diam Ubi
    Maksud: Orang yang diam tetapi pandai dan rajin.
    Contoh Ayat: Lisa diam-diam ubi, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang.

  • Dingin Hati
    Maksud: Tidak riang.
    Contoh Ayat: Dila dingin hati di majlis hari jadinya kerana ayahnya telah tiada lagi.

  • Dingin Kepala
    Maksud: Berfikiran tenang dan waras.
    Contoh Ayat: Membuat sesuatu keputusan, biarlah ketika dingin kepala.

  • Dingin Tangan
    Maksud: Orang yang pekerjaannya selalu berjaya.
    Contoh Ayat: Puan Lim dingin tangan kerana sayur-sayuran yang ditanamnya menjadi belaka.

  • Duit Kopi
    Maksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.
    Contoh Ayat: Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.

  • Ekor Belangkas
    Maksud: Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.
    Contoh Ayat: Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran anak Kelantan.

  • Ekor Lipas
    Maksud: Rambut pada lubang tengkuk.
    Contoh Ayat: Anak remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas.

  • Ekor Mata
    Maksud: Sudut mata.
    Contoh Ayat: Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam.

  • Ekor Pulau
    Maksud: Hujung pulau.
    Contoh Ayat: Tanah di bahagian ekor pulau itu sangat subur.

  • Elok Budi
    Maksud: Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah.
    Contoh Ayat: Jalilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Puteh.

  • Emas Putih
    Maksud: Campuran emas berwarna putih.
    Contoh Ayat: Cincin perkahwinannya yang diperbuat daripada emas putih itu berharga beribu-ribu ringgit.

  • Emas Tempawan
    Maksud: Orang yang dikasihi.
    Contoh Ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya.

  • Faham Kiri = Berfahaman Kiri
    Maksud: Berfikiran politik yang radikal.
    Contoh Ayat: Dia berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.

  • Fajar Menyingsing
    Maksud: Awal pagi.
    Contoh Ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Ledang sebelum fajar menyingsing.


  • Gadai Bergolok = Bergadai Bergolok
    Maksud: Berbelanja sehingga berhabis.
    Contoh Ayat: Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya.

  • Gadai Nyawa = Bergadai Nyawa
    Maksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.
    Contoh Ayat: Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu.

  • Gadis Sunti
    Maksud: Anak perempuan yang belum baligh.
    Contoh Ayat: Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila ibunya tiada di rumah.

  • Gaji Buta
    Maksud: Mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.
    Contoh Ayat: Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja.

  • Gaji Pokok
    Maksud: Gaji tanpa bayaran yang lain.
    Contoh Ayat: Walaupun gaji pokok saya kecil tetapi elaunnya lumayan.

  • Gambaran Hidup
    Maksud: Teladan.
    Contoh Ayat: Kita patut menjadikan kejadian tanah runtuh itu sebagai gambaran hidup.

  • Untitled Document
  • Ganti Tikar
    Maksud: Berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.
    Contoh Ayat: Arif rela ganti tikar daripada mengahwini perempuan lain tambahan pula anak-anaknya amat manja dengan adik iparnya itu.

  • Garam Hidup
    Maksud: Pengalaman.
    Contoh Ayat: Semasa berada di rantau orang sudah tentu banyak garam hidup yang kita tempuhi.

  • Gatal Mulut
    Maksud: Suka bercerita keburukan orang.
    Contoh Ayat: Tidak salah berbual-bual dengan jiran tetangga asalkan tidak gatal mulut.

  • Gatal Tangan
    Maksud: Suka membuat yang bukan-bukan.
    Contoh Ayat: Saya tidak mahu membawa Halizah ke rumah Mak Busu kerana dia suka gatal tangan sehingga habis bunga Mak Busu dirosakkan.

  • Gelap Buta
    Maksud: Sangat gelap.
    Contoh Ayat: “Salmah, jangan berjalan dalam gelap buta seorang diri, takut terjadi sesuatu yang tidak diingini,” nasihat Pak Mat kepada anaknya.

  • Gelap Fikiran
    Maksud: Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.
    Contoh Ayat: Tamam mengamuk kerana dia menjadi gelap fikiran apabila melihat rumahnya dibakar.

  • Gelap Hati
    Maksud: Sukar memahami pelajaran.
    Contoh Ayat: Murid yang gelap hati dalam mata pelajaran Matematik akan diberikan bimbingan khusus.

  • Gelap Mata
    Maksud:
    A) Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.
    B) Pitam.
    Contoh Ayat: Jabu terjatuh sebaik saja kakinya mencecah di garisan penamat dalam perlumbaan 500 meter itu kerana gelap mata.

  • Gelap Wang = Menggelapkan Wang
    Maksud: Menggunakan wang yang bukan hak.
    Contoh Ayat: Pekerja yang menggelapkan wang syarikat itu sekarang berada dalam tahanan polis.

  • Gelegar Buluh
    Maksud: Bercakap besar tetapi kosong.
    Contoh Ayat: Saya tidak berminat mendengar ceramahnya kerana cakapnya lebih berbunyi gelegar buluh daripada tindakan sebenarnya.

  • Geli Hati
    Maksud: Rasa lucu hendak tertawa.
    Contoh Ayat: Geli hati saya melihat telatah badut dalam persembahan sarkas itu.

  • Gelora Hati
    Maksud: Perasaan yang tidak tenang.
    Contoh Ayat: Dia tidak dapat menahan gelora hati untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Kashmir.

  • Gelora Semangat
    Maksud: Perasaan berkobar-kobar.
    Contoh Ayat: Bergelora semangatnya untuk mempertahankan rekod dunianya di Sukan Olimpik kali ini.

  • Gencatan Senjata
    Maksud: Memberhentikan peperangan.
    Contoh Ayat: Kedua-dua belah pihak yang berjuang telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata.

  • Gendang Paha = Bergendang Paha
    Maksud: Bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan.
    Contoh Ayat: Musuh politiknya bergendang paha apabila tersebar berita dia dijatuhi hukuman penjara.

  • Gerak Badan
    Maksud: Bersenam.
    Contoh Ayat: Setiap pagi pasukan kadet itu berkawad dan melakukan gerak badan di padang kem tentera tersebut.

  • Gerak Hati
    Maksud: Perasaan.
    Contoh Ayat: Gerak hatiku mengatakan aku akan berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini.

  • Gerak Jalan
    Maksud: Latihan berjalan sebagai satu pasukan.
    Contoh Ayat: Rumah Biru mengadakan latihan gerak jalan pada setiap hari Sabtu.

  • Gerakan Gelap
    Maksud: Gerakan tidak sah yang dirahsiakan.
    Contoh Ayat: Pasukan polis yakin bahawa penyeludupan itu dilakukan oleh gerakan gelap yang bergiat di bahagian sempadan.

  • Gigi Air
    Maksud: Tepi air laut.
    Contoh Ayat: Indah sungguh pemandangan di gigi air pada waktu senja.

  • Gigi Hutan
    Maksud: Tepi hutan.
    Contoh Ayat: Arsyad mencari kerbaunya yang hilang hingga ke gigi hutan.

  • Gila Angau
    Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.
    Contoh Ayat: Jasiman gila angau kepada Jeha.

  • Gila Babi
    Maksud: Penyakit sawan babi.
    Contoh Ayat: Apabila penyakit gila babinya menyerang, kelam-kabut kami dibuatnya.

  • Gila Bayang
    Maksud: Cinta kepada seseorang yang tidak tahu dia dicintai.
    Contoh Ayat: “Beritahulah perasaan kamu kepadanya supaya kamu tidak dikatakan gila bayang,” nasihat Zakir kepada Daud.

  • Gila Bayang-Bayang
    Maksud: Berhajatkan sesuatu yang mustahil.
    Contoh Ayat: Usah gila bayang-bayang, bersyukurlah pada apa yang telah diperoleh.

  • Gila Harta
    Maksud: Sentiasa mementingkan harta kekayaan.
    Contoh Ayat: Ibunya gila harta, pinangan orang miskin tidak akan diterima.

  • Gila Isim
    Maksud: Gila kerana tersalah menuntut ilmu batin.
    Contoh Ayat: Kasim gila isim sekembalinya daripada menuntut ilmu di Indonesia.

  • Gila Judi
    Maksud: Orang yang suka bermain judi.
    Contoh Ayat: Tabiat gila judi akan menyebabkan orang menjadi papa.

  • Gila Kuasa
    Maksud: Sangat ingin mendapat kuasa.
    Contoh Ayat: Temenggung yang gila kuasa itu sanggup memfitnah Raja Tengah.

  • Gila Pangkat
    Maksud: Sentiasa ingin mendapat pangkat.
    Contoh Ayat: Dia bekerja keras bukan kerana gila pangkat tetapi ingin meningkatkan prestasi cemerlang jabatannya.

  • Gila Perempuan
    Maksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.
    Contoh Ayat: Dia memang gila perempuan sampai lupa akan anak isteri di rumah.

  • Gila Talak
    Maksud: Teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai.
    Contoh Ayat: Pak Leh gila talak setelah bercerai dengan Mak Leha.

  • Gila Urat
    Maksud: Sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya.
    Contoh Ayat: Hamid gila urat akan Asma sehingga sanggup mengekori Asma ke mana sahaja dia pergi.

  • Gila-Gila Air
    Maksud: Kurang sihat ingatan (fikiran).
    Contoh Ayat: Dia gila-gila air kerana ingatannya kadang-kadang tidak menentu.

  • Gila-Gila Bahasa
    Maksud: Kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu).
    Contoh Ayat: Apabila dia mula gila-gila bahasa, orang sukar untuk mempercayai cakapnya.

  • Golok Kayu
    Maksud: Orang bodoh yang berlagak pandai.
    Contoh Ayat: Dia seperti golok kayu, kononnya dia tahu segala-galanya tentang perkembangan politik negara.

  • Gulung Tikar
    Maksud: Muflis.
    Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.

  • Gunting Hati = Menggunting Hati
    Maksud: Melukai perasaan.
    Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting hatinya.

  • Gunung Hati = Menggunung Hati
    Maksud: Tersangat ingin.
    Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak kami kecil lagi.

  • Gunung Payung
    Maksud: Orang kesayangan.
    Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek.

  • Gunung Runtuh
    Maksud: Bunyi bergemuruh.
    Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh.


  • Habis Akal
    Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.
    Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.

  • Habis Bulan
    Maksud: Hujung bulan.
    Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.

  • Habis Jadi Abu
    Maksud: Musnah.
    Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.

  • Habis Jodoh
    Maksud: Bercerai.
    Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.

  • Habis Modal
    Maksud:
    A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.
    B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.
    Contoh Ayat:
    A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.
    B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.

  • Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa
    Maksud:
    A) Mati.
    B) Menebus dengan nyawa.
    Contoh Ayat:
    A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya.
    B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya.

  • Habis Perkara
    Maksud: Selesai.
    Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan dibangkitkan lagi.

  • Habis Tahun
    Maksud: Penghujung tahun.
    Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara.

  • Halwa Mata
    Maksud: Persembahan yang mengasyikkan.
    Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton.

  • Halwa Telinga
    Maksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.
    Contoh Ayat: Rancangan “Senandung Malam” yang sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah.

  • Hampa Tangan
    Maksud: Tidak mendapat apa-apa.
    Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu.

  • Hancur Hati
    Maksud: Sangat sedih.
    Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu.

  • Hangat Hati
    Maksud: Sangat marah.
    Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.

  • Hangat-Hangat Kuku
    Maksud: Suam-suam.
    Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk mandian adik.

  • Hangat-Hangat Tahi Ayam
    Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.
    Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.

  • Harga Diri
    Maksud: Maruah.
    Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada.

  • Harga Mati
    Maksud: Harga tetap.
    Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati.

  • Harga Pokok
    Maksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.
    Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal.

  • Hati Batu
    Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.
    Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.

  • Hati Berlian = Berhati Berlian
    Maksud: Sangat baik hati.
    Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya sendiri.

  • Hati Kecil
    Maksud: Perasaan dalam batin.
    Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya.

  • Hati Muda
    Maksud: Rasa muda dalam hati.
    Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati muda.

  • Hati Nurani
    Maksud:
    A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.
    B) Perasaan hati yang murni.
    Contoh Ayat:
    A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur.
    B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa.

  • Hati Terbuka
    Maksud: Ikhlas.
    Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka.

  • Hati Tungau = Berhati Tungau
    Maksud: Penakut.
    Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.

  • Hati Waja
    Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
    Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.

  • Hentam Kromo
    Maksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
    Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja.

  • Hidung Belang
    Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.
    Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya.

  • Hidung Tinggi
    Maksud: Orang yang sombong.
    Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.

  • Hidup Terbuang
    Maksud: Tersia-sia diri.
    Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit.

  • Hilang Akal
    Maksud: Gila.
    Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal.

  • Hilang Di Mata Jangan Hilang Di Hati
    Maksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan.
    Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula.

  • Hilang Harapan
    Maksud: Tiada mempunyai harapan lagi.
    Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu.

  • Hilang Lenyap
    Maksud: Hilang tanpa berita.
    Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu.

  • Hilang Nyawa
    Maksud: Mati.
    Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu.

  • Hilang Semangat
    Maksud: Terkejut.
    Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu.

  • Hilang-Hilang Timbul
    Maksud: Sekejap ada sekejap tiada.
    Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon lain.

  • Hilir Mudik
    Maksud: Berjalan ke sana ke mari.
    Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga, kata ibu.

  • Hina Budi
    Maksud: Berkelakuan buruk.
    Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada kakak.

  • Hisap Darah
    Maksud: Memeras atau menindas orang.
    Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap darah petani lagi.

  • Hisap Jari
    Maksud: Kecewa.
    Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk memasuki universiti tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari.

  • Hujung Pangkal
    Maksud: Asal mula.
    Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu hujung pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew.

  • Hukum Alam
    Maksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.
    Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi hukum alam.

  • Hukum Allah
    Maksud: Takdir Tuhan.
    Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di angkasa.

  • Hutang Darah
    Maksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.
    Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.

  • Hutang Lapuk
    Maksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.
    Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.

  • Hutang Nyawa
    Maksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.
    Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh hari.  

  • Ibu Angkat
    Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.
    Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.

  • Ibu Ayam
    Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.
    Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

  • Ibu Kandung
    Maksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.
    Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.

  • Ibu Keladi
    Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.
    Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.

  • Ibu Pertiwi
    Maksud: Tanah tempat kelahiran.
    Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.

  • Ikat Diri = Mengikat Diri
    Maksud: Terlalu berat.
    Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.

  • Ikat Hati = Mengikat Hati
    Maksud: Menawan.
    Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.

  • Ikat Janji = Mengikat Janji
    Maksud: Membuat perjanjian.
    Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama.

  • Ikat Kata = Mengikat Kata
    Maksud: Menggubah kata.
    Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang ditulisnya.

  • Ikat Perut
    Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.
    Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.

  • Iri Hati
    Maksud: Dengki.
    Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.

  • Isi Dada
    Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.
    Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini.

  • Isi Rumah
    Maksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.
    Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya.

  • Jadi Abu Arang
    Maksud: Barang yang telah rosak.
    Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.

  • Jadi Bapa Kuda
    Maksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab.
    Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak yang dilahirkan itu.

  • Jadi Bumi Langit
    Maksud: Orang yang sangat diharapkan.
    Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya.

  • Jadi Fikiran = Menjadi Fikiran
    Maksud: Masalah yang harus difikirkan.
    Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-suri rumah.

  • Jadi Umang-Umang
    Maksud: Suka menggunakan hak orang lain.
    Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya hari ini.

  • Jaga Hati = Menjaga Hati
    Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati.
    Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing.

  • Jaga Mulut
    Maksud: Berhati-hati bila bercakap.
    Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan.

  • Jalan Belakang
    Maksud: Menggunakan cara yang tidak sah.
    Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang.

  • Jalan Buntu
    Maksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian.
    Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.

  • Jalan Damai
    Maksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.
    Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku kesilapan.

  • Jalan Fikiran
    Maksud: Cara berfikir.
    Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini.

  • Jalan Kaki
    Maksud: Berjalan tanpa kenderaan.
    Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.

  • Jalan Tengah
    Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.
    Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang bertelingkah dapat didamaikan.

  • Jarum Halus
    Maksud: Tipu muslihat.
    Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah terpedaya dan menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin.

  • Jatuh Air Muka
    Maksud: Menjadi malu.
    Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.

  • Jatuh Bangun
    Maksud: Maju mundur.
    Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya.

  • Jatuh Cinta
    Maksud: Menaruh cinta (kasih).
    Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

  • Jatuh Harga Diri
    Maksud: Jatuh maruah.
    Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.

  • Jatuh Melarat
    Maksud: Menjadi miskin.
    Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah semua perniagaannya mengalami kerugian.

  • Jatuh Sakit
    Maksud: Mendapat sakit.
    Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di gerai tepi jalan itu.

  • Jatuh Semangat
    Maksud: Hilang keberanian.
    Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat apabila ketua mereka dibunuh oleh musuh.

  • Jejak Bara
    Maksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.
    Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana kerusi itu tinggi dan besar.

  • Jejak Keruh
    Maksud: Perbuatan yang kurang baik.
    Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya, kerana dia suka berbuat jejak keruh.

  • Jejak Langkah
    Maksud: Mencontohi.
    Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang perajurit.

  • Jejak Orang Tua
    Maksud: Mengikut kelakuan orang tuanya.
    Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya yang berbudi pekerti dan suka menolong orang.

  • Jinak-Jinak Lalat
    Maksud: Persahabatan yang tidak mesra.
    Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun kami sekelas, kata Suzy.

  • Jinak-Jinak Merpati
    Maksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak.
    Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah dipengaruhi.

  • Juling Air
    Maksud: Juling sedikit.
    Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri.

  • Juling Itik
    Maksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.
    Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah mengalami kecederaan semasa kecil.

  • Kacang Hantu
    Maksud: Orang jahat.
    Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ.

  • Kaki Arak
    Maksud: Orang yang suka minum arak.
    Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak.

  • Kaki Ayam = Berkaki Ayam
    Maksud: Tidak memakai kasut.
    Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.

  • Kaki Bangku
    Maksud: Tidak pandai bermain bola.
    Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

  • Kaki Buli
    Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.
    Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.

  • Kaki Gaduh
    Maksud: Orang yang suka bergaduh.
    Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.

  • Kaki Gunung
    Maksud: Di bahagian permulaan gunung.
    Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak.

  • Kaki Judi
    Maksud: Orang yang suka bermain judi.
    Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi.

  • Kaki Langit
    Maksud: Langit di bahagian bawah.
    Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.

  • Kaki Lima
    Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.
    Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan berhenti.

  • Kaki Rambu
    Maksud: Orang yang suka merayau.
    Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.

  • Kaki Umpat
    Maksud: Orang yang suka mengumpat orang.
    Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja.

  • Kaki Wayang
    Maksud: Orang yang suka menonton wayang.
    Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru yang ditayangkan di panggung itu.

  • Kaku Lidah
    Maksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.
    Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang penglibatannya dalam kes rasuah.

  • Kambing Hitam
    Maksud: Orang yang dipersalahkan.
    Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu.

  • Kampung Halaman
    Maksud: Kampung tempat dilahirkan.
    Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali ke kampung halamannya.

  • Kata Dua
    Maksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan.
    Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.

  • Kata Pujangga
    Maksud: Perkataan orang bijak pandai.
    Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.

  • Kata Putus
    Maksud: Ketentuan yang terakhir.
    Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana ahli-ahlinya bertelagah.

  • Kaya Anak
    Maksud: Banyak anak.
    Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia.

  • Kaya Hati
    Maksud: Pemurah.
    Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering menghulurkan derma.

  • Kaya Hutang
    Maksud: Orang yang banyak hutang.
    Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak isterinya yang gemar membeli baju berjenama.

  • Kecut Hati
    Maksud: Takut.
    Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati saya.

  • Kelas Kambing
    Maksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya.
    Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa menonton wayang.

  • Keliling Pinggang
    Maksud: Sangat banyak.
    Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros berbelanja.

  • Ke Luar Negeri
    Maksud: Pergi ke negeri lain.
    Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.

  • Kembang Hati
    Maksud: Gembira.
    Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk ke sekolah berasrama penuh.

  • Kembang Sayap = Mengembangkan Sayap
    Maksud: Meluaskan usaha.
    Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan menceburi industri berat pula.

  • Kena Tangan
    Maksud: Dipukul.
    Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika cuba mencuri di salah sebuah rumah di kampung itu.

  • Kepala Berat
    Maksud: Bodoh.
    Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-sedikit kerana dia kepala berat.

  • Kepala Berita
    Maksud: Tajuk sesuatu berita.
    Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu telah menjadi kepala berita di hampir semua akhbar tempatan terbitan hari ini.

  • Kepala Dingin
    Maksud: Penyabar.
    Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang.

  • Kepala Dua
    Maksud: Orang yang tidak setia.
    Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah memberitahu maklumat sulit syarikat ini kepada syarikat lawan.

  • Kepala Kain
    Maksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan.
    Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.

  • Kera Sumbang
    Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.
    Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu.

  • Kerang Busuk
    Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.
    Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.

  • Keras Lidah
    Maksud: Tidak pandai bercakap.
    Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana dia kurang mahir.

  • Keras Mulut
    Maksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.
    Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu walaupun pendapatnya tidak diterima oleh orang lain.

  • Kerat Rotan = Berkerat Rotan
    Maksud: Memutuskan perhubungan.
    Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan keluarga Saroja kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.

  • Kering Hati
    Maksud: Tiada rasa belas kasihan.
    Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa sedih kerana dia seorang yang kering hati.

  • Kerja Tangan
    Maksud: Pertukangan tangan.
    Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional dipamerkan dalam pameran kraf tangan itu.

  • Ketam Batu
    Maksud: Sangat kedekut.
    Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.

  • Ketawa Raja
    Maksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.
    Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya.

  • Khabar Angin
    Maksud: Berita yang belum sah.
    Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.

  • Kucing Bertanduk
    Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
    Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak akan mengerjakannya.

  • Maksud: Memerintah dengan kejam.
    Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci dan digulingkan oleh rakyat.

  • Kuku Kambing
    Maksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi.
    Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk menanam padi.

  • Kunci Diri = Mengunci Diri
    Maksud: Mengurung diri.
    Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi.

  • Kunci Hati
    Maksud: Rahsia.
    Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun.

  • Kunci Mulut
    Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut.
    Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu anaknya yang bersalah.

  • Kurang Adab
    Maksud: Tidak sopan.
    Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua, kurang adab namanya.

  • Kurang Akal
    Maksud: Tidak pandai.
    Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan bahasa yang mudah kerana dia kurang akal.

  • Kurang Bahasa
    Maksud: Tidak halus budi bahasanya.
    Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka bercakap dengan suara yang kuat dan menggunakan bahasa yang kasar.

  • Kurang Fikir
    Maksud: Tidak berhati-hati.
    Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir akan membawa kerugian.

  • Kurang Hati
    Maksud: Tidak berminat.
    Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat kerana agak rumit untuk melakukannya.

  • Kurang Iman
    Maksud: Mudah terpedaya.
    Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak apabila ditawarkan wang yang lumayan untuk mengedar dadah.

  • Kurang Ingat
    Maksud: Pelupa.
    Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-apa.

  • Kurang Jadi = Kurang Menjadi
    Maksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.
    Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat saya kurang menjadi tahun ini.

  • Kusut Fikiran
    Maksud: Susah hati.
    Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya yang belum mendapat kerja di Kuala Lumpur.

  • Kutu Embun
    Maksud: Orang yang suka merayau pada malam hari.
    Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.

  • Langit Hijau
    Maksud: Sangat jauh.
    Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai ke langit hijau.

  • Langkah Baik
    Maksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik.
    Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik bagi kita melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran.

  • Langkah Bendul
    Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.
    Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki memberikan hadiah kepada kakak Suraya.

  • Langkah Kanan
    Maksud: Bernasib baik; bertuah.
    Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah durian.

  • Langkah Kiri
    Maksud: Malang.
    Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan.

  • Langkah seribu
    Maksud: Cabut lari.
    Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila itu.

  • Langkah Sumbang
    Maksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul.
    Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah sumbang yang telah dilakukannya semasa bersilat tadi.

  • Lapang Dada
    Maksud: Perasaan lega.
    Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti.

  • Laut Lepas
    Maksud: Tengah laut.
    Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.

  • Lebai Malang
    Maksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.
    Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang.

  • Lembut Gigi Daripada Lidah
    Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.
    Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah.

  • Lembut Hati
    Maksud: Penyayang.
    Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut hati.

  • Lena Ayam
    Maksud: Belum tidur betul.
    Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam.

  • Lepas Angan-Angan
    Maksud: Membuat sesuatu yang diingini.
    Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas angan-angan untuk membeli kereta baru.

  • Lepas Diri
    Maksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal.
    Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak tahu tentang hal itu.

  • Lidah Bercabang
    Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.
    Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.

  • Lidah Keras
    Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.
    Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang diadakan.

  • Lidah Panjang
    Maksud: Suka menghasut.
    Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porak-peranda.

  • Lidah Tak Bertulang
    Maksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.
    Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena orang yang lidah tak bertulang.

  • Lintah Darat
    Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
    Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.

  • Lipas Kudung
    Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.
    Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.

  • Lubuk Akal Lautan Budi
    Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.
    Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang jika menghadapi sebarang kemusykilan kerana beliau seorang yang lubuk akal lautan budi.

  • Lubuk Hati
    Maksud: Dalam hati.
    Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju bersama mereka.

  • Luka Hati
    Maksud: Pilu.
    Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang dipercayai telah membohonginya.

  • Lupa Daratan
    Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan.
    Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.

  • Lurus Akal
    Maksud: Jujur.
    Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah menjaga harta anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya.

  • Mabuk Gunung
    Maksud: Mabuk ketika berada di tempat yang tinggi.
    Contoh Ayat: Rahmah mabuk gunung semasa mendaki Gunung Kinabalu.

  • Mabuk Laut
    Maksud: Pening dan muntah semasa belayar.
    Contoh Ayat: Si Tanggang telah seminggu mabuk laut dan terlantar di geladak kapal.

  • Main Mata = Bermain Mata
    Maksud: Memberikan isyarat dengan mata.
    Contoh Ayat: Pemuda itu bermain mata untuk mendapatkan perhatian daripada Kak Leha.

  • Makan Angin
    Maksud: Berehat atau bersiar-siar.
    Contoh Ayat: Pada hujung minggu lepas kami sekeluarga makan angin ke Kota Bharu.

  • Makan Angkat
    Maksud: Orang yang suka dipuji.
    Contoh Ayat: Pembantu rumah saya makan angkat, kalau dipuji semakin rajin dia bekerja.

  • Makan Beradap
    Maksud: Makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).
    Contoh Ayat: Mak Andak menemankan pengantin semasa makan beradap.

  • Makan Besar
    Maksud: Mengadakan jamuan.
    Contoh Ayat: Jemputlah ke rumah kerana ada makan besar petang ini.

  • Makan Budi = Termakan Budi
    Maksud: Menerima pertolongan orang.
    Contoh Ayat: Akibat termakan budi pak ciknya, Zali dipaksa berkahwin dengan sepupunya.

  • Makan Bunga
    Maksud: Mengambil keuntungan daripada wang yang dipinjamkan.
    Contoh Ayat: Ceti itu makan bunga dengan mengenakan kadar faedah 20% daripada jumlah wang yang dipinjam.

  • Makan Darah
    Maksud: Sesuatu yang dijual dengan harga yang sangat mahal.
    Contoh Ayat: Penjaja di kampung itu makan darah kerana kain yang dijualnya sangat mahal berbanding dengan harga di bandar.

  • Makan Diri
    Maksud: Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri.
    Contoh Ayat: Semenjak ditinggalkan oleh suaminya, dia makan diri sehingga menjadi kurus kering.

  • Makan Duit
    Maksud: Mengambil wang secara haram; rasuah.
    Contoh Ayat: Pekerja yang makan duit syarikat telah dikenakan tindakan undang-undang.

  • Makan Gaji
    Maksud: Bekerja untuk mendapatkan upah.
    Contoh Ayat: Hasrom bekerja makan gaji dengan abangnya.

  • Makan Garam
    Maksud: Mempunyai banyak pengalaman dalam hidup.
    Contoh Ayat: Dengarlah nasihat orang tua kerana mereka telah lama makan garam.

  • Makan Kawan
    Maksud: Mencelakakan kawan sendiri.
    Contoh Ayat: Jabir makan kawan sendiri apabila dia memfitnah Jamil.

  • Makan Sumpah
    Maksud: Mendapat kesusahan setelah mengingkari sumpah.
    Contoh Ayat: Akibat dimakan sumpah, hidupnya menjadi miskin dan melarat.

  • Makan Tanggung
    Maksud: Hidup di bawah jagaan orang lain.
    Contoh Ayat: Rasida makan tanggung di rumah ibu saudaranya.

  • Malu-Malu Bahasa
    Maksud: Berasa segan.
    Contoh Ayat: Semasa bersua muka dengan pemuda itu, Zainab malu-malu bahasa.

  • Malu-Malu Kucing
    Maksud: Pura-pura malu.
    Contoh Ayat: Roslan malu-malu kucing apabila bersua muka dengan Rokiah.

  • Mandi Biar Basah
    Maksud: Kalau membuat sesuatu kerja biar bersungguh-sungguh.
    Contoh Ayat: Kalau kau mahu menjadi petani yang berjaya, bekerjalah bersungguh-sungguh, bak kata orang kalau mandi biar basah, nasihat Adi kepada Rahman.

  • Mandi Bunga
    Maksud: Mandi air perahan limau dan bunga-bungaan dengan tujuan tertentu.
    Contoh Ayat: Dia mandi bunga setelah sembuh daripada penyakitnya.

  • Mandi Darah
    Maksud: Berlumuran darah.
    Contoh Ayat: Perajurit itu mandi darah kerana cedera terkena tembakan musuh.

  • Mandi Embun
    Maksud: Membiarkan diri dibasahi embun.
    Contoh Ayat: Kami bermandi embun kerana berkawal di tapak perkhemahan sehingga dinihari.

  • Mandi Kerbau
    Maksud: Mandi yang tidak bersih.
    Contoh Ayat: Semasa mengikuti Kursus Bina Semangat, peserta terpaksa mandi kerbau kerana kekurangan air.

  • Mandi Keringat = Bermandi Keringat
    Maksud: Bekerja dengan sepenuh tenaga.
    Contoh Ayat: Penduduk di kampung itu bermandi keringat untuk membina sebuah sekolah agama.

  • Mandi Ombak = Bermandi Ombak
    Maksud: Basah kena ombak.
    Contoh Ayat: Nelayan itu sudah biasa bermandi ombak.

  • Masin Lidah
    Maksud: Apa yang dikata menjadi kebenaran.
    Contoh Ayat: Atikah menjadi guru dan masin lidah Mak Long yang selalu memanggilnya ‘cikgu’.

  • Masuk Ajar
    Maksud: Mendengar nasihat.
    Contoh Ayat: Jamilah cepat masuk ajar apabila kelakuannya ditegur oleh guru.

  • Masuk Akal
    Maksud: Dapat diterima akal.
    Contoh Ayat: Berita yang disampaikan itu masuk akal kerana ada kesahihannya.

  • Masuk Angin Keluar Asap
    Maksud: Tidak mencapai apa yang dikehendaki.
    Contoh Ayat: Samad diisytiharkan bankrap akibat perniagaannya yang masuk angin keluar asap.

  • Masuk Angin
    Maksud: Sakit kerana kesejukan atau sebagainya.
    Contoh Ayat: Perutnya masuk angin kerana tidak makan semalaman.

  • Masuk Bakul Sampah
    Maksud: Ditolak.
    Contoh Ayat: Rayuan penduduk kampung untuk membina jambatan baru telah masuk bakul sampah.



  • Masuk Buku
    Maksud: Dicatatkan ke dalam buku.
    Contoh Ayat: Segala hutang-piutangnya masuk buku.

  • Masuk Daun
    Maksud: Memperoleh peluang yang baik.
    Contoh Ayat: Nampaknya perniagaan kita sudah masuk daun dan kita bakal menjadi orang kaya.

  • Mat Jenin
    Maksud: Orang yang suka berangan-angan.
    Contoh Ayat: Berusahalah kalau mahu berjaya dan jangan menjadi seperti Mat Jenin.

  • Mata Air
    Maksud:
    A) Orang kesayangan; kekasih.
    B) Tempat air keluar dari tanah.
    Contoh Ayat: Mata air yang terdapat di lereng bukit itu digali untuk dijadikan telaga.

  • Mata Duitan
    Maksud: Orang yang tamakkan wang.
    Contoh Ayat: Zainon mata duitan sebab itulah suaminya terpaksa bekerja bertungkus-lumus untuk mencari wang yang lebih.

  • Mata Hati
    Maksud: Perasaan dalam hati.
    Contoh Ayat: Walaupun dia buta tetapi mata hatinya celik.

  • Mata Lembu
    Maksud: Telur yang digoreng bulat-bulat.
    Contoh Ayat: Saya makan nasi lemak berlaukkan telur mata lembu.

  • Mata Petai
    Maksud: Tidak dapat melihat dengan betul.
    Contoh Ayat: Oleh sebab Halim mata petai permohonannya untuk menjadi tentera ditolak.

  • Mata Telinga
    Maksud: Kakitangan yang diharapkan.
    Contoh Ayat: Semua penduduk kampung itu menjadi mata telinga pihak polis untuk menangani masalah penyeludupan.

  • Mati Akal
    Maksud: Buntu fikiran.
    Contoh Ayat: Fitri menjadi bingung dan mati akal untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya.

  • Mati Angin
    Tidak berkuasa.
    Contoh Ayat: Pihak polis mati angin kerana penyeludup itu telah lari ke negara jiran.

  • Mati Ayam
    Maksud: Mati dengan sia-sia.
    Contoh Ayat: Semenjak rakannya mati ayam dalam perlumbaan haram itu, dia tidak lagi bergaul dengan budak-budak nakal.

  • Mati Balik Hidup
    Maksud: Selamat setelah mengalami bahaya besar.
    Contoh Ayat: Saya rasa seperti mati balik hidup kerana terselamat setelah terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut.

  • Mati Beragan
    Maksud: Kelihatan seperti mati tetapi sebenarnya masih hidup.
    Contoh Ayat: Pak Ali mati beragan semenjak kematian isteri yang amat disayanginya.

  • Mati Kutu
    Maksud: Tidak melawan.
    Contoh Ayat: Dia mati kutu apabila dimarahi oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan.

  • Minta Diri
    Maksud: Memohon diizinkan pergi.
    Contoh Ayat: Razif minta diri dari majlis itu kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat di pejabatnya.

  • Minta Jalan
    Maksud: Meminta diberi jalan untuk lalu.
    Contoh Ayat: Kami terpaksa minta jalan untuk berjumpa pasangan pengantin yang diraikan kerana dewan itu telah penuh sesak dengan para jemputan.

  • Minta Nyawa
    Maksud: Memohon supaya tidak dibunuh; meminta belas ihsan.
    Contoh Ayat: Pencuri itu minta nyawa daripada ahli rukun tetangga yang menangkapnya ketika sedang memecah masuk rumah Pak Jamal.

  • Muka Baru
    Maksud: Orang atau pemain yang baru melibatkan diri dalam sesuatu bidang.
    Contoh Ayat: Hadiah utama peraduan mengarang cerpen anjuran akhbar tempatan telah dimenangi oleh penulis muka baru.

  • Muka Dua
    Maksud: Tidak jujur.
    Contoh Ayat: Hamzah bermuka dua kerana sekejap dia menyokong kita dan sekejap dia menyokong pihak lawan.

  • Muka Lama
    Maksud: Orang atau pemain lama yang sudah berpenglaman.
    Contoh Ayat: Azean Irdawaty muka lama dalam bidang lakonan.

  • Muka Laut
    Maksud: Permukaan laut.
    Contoh Ayat: Serambi rumah Zaki berhadapan dengan muka laut.

  • Muka Manis
    Maksud: Menunjukkan muka yang gembira dan tersenyum.
    Contoh Ayat: Dia bercakap dengan muka manis kepada tetamu yang hadir.

  • Muka Masam
    Maksud: Menunjukkan muka yang muram atau benci.
    Contoh Ayat: Dia bercakap dengan muka masam seolah-olah dia sedang menghadapi masalah.

  • Muka Papan
    Maksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran.
    Contoh Ayat: Dia memang muka papan kerana sering meminta duit daripada isterinya.

  • Mulut Bisa
    Maksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.
    Contoh Ayat: Akibat mulut bisa Mak Limah, jiran tetangga memulaukannya.

  • Mulut Gatal
    Maksud: Suka bercakap apa sahaja.
    Contoh Ayat: Idham dikatakan mulut gatal kerana suka bercerita hal yang tidak senonoh.

  • Mulut Manis
    Maksud: Lemah lembut dan baik tutur katanya.
    Contoh Ayat: Fatima bukan sahaja jelita tetapi bermulut manis.

  • Mulut Murai
    Maksud: Orang yang suka bercakap banyak.
    Contoh Ayat: Akibat mulut murai Kak Timah, rumah tangganya porak-peranda. ‎

  • Murah Mulut
    Maksud: Ramah.
    Contoh Ayat: Jiran yang baru pindah itu murah mulut.

  • Murah Rezeki
    Maksud: Mudah memperoleh rezeki.
    Contoh Ayat: Murah rezeki ayah kali ini kerana dia telah memenangi peraduan teka kata yang dianjurkan oleh sebuah syarikat penerbangan.

  • Musuh Dalam Selimut
    Maksud: Musuh yang sangat dekat atau yang berada dalam lingkungan sendiri.
    Contoh Ayat: Rupa-rupanya Kim Seng adalah musuh dalam selimut pasukan tentera. Dia telah memberitahu semua rancangan kerajaan kepada pihak musuh.

  • Naik Angin
    Maksud: Terlalu marah.
    Contoh Ayat: Dia naik angin apabila kawan-kawan mengusiknya.

  • Naik Geram
    Maksud: Menyampah.
    Contoh Ayat: Naik geram saya melihat tingkah lakunya yang mengada-ada itu.

  • Naik Kepala
    Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas
    Contoh Ayat: Anak manja itu naik kepala apabila ayahnya ada di rumah.

  • Naik Minyak
    Maksud: Menjadi marah dan mengganas.
    Contoh Ayat: Semasa Ali naik minyak, semua barang-barang yang ada di dalam rumahnya dibaling dan dipecahkannya.

  • Naik Pitam
    Maksud: Pening.
    Contoh Ayat: Nenek naik pitam dan hampir pengsan kerana cuaca terlalu panas.

  • Naik Saksi
    Maksud: Menjadi saksi.
    Contoh Ayat: Datuk Ali naik saksi dalam perbicaraan itu.

  • Naik Semangat
    Maksud: Bertambah berani.
    Contoh Ayat: Dali naik semangat apabila lawannya jatuh setelah ditumbuknya.

  • Nama Baik
    Maksud: Maruah.
    Contoh Ayat: Nama baik keluarga hendaklah dijaga, walau di mana pun kita berada.

  • Nasi Damai
    Maksud: Nasi yang dihidangkan kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu. Contoh Ayat: Pengantin baru dihidangkan nasi damai selepas mereka bersanding.

  • Nujum Pak Belalang
    Maksud: Tukang tilik palsu.
    Contoh Ayat: Usah percaya cakapnya, dia sebenarnya Nujum Pak Belalang.

  • Nyawa-Nyawa Ikan
    Maksud: Hampir mati.
    Contoh Ayat: Burung itu nyawa-nyawa ikan semasa ditemui Ali.

  • Nyiur Gading
    Maksud: Pokok kelapa kuning.
    Contoh Ayat: Halaman rumahnya dihiasi dengan pokok nyiur gading.

  • Oleh-Oleh
    Maksud: Hadiah.
    Contoh Ayat: Ibu membawa beberapa helai kain batik dan pasu berukir sebagai oleh-oleh dari Indonesia.

  • Omong Kosong
    Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.

  • Orang Asing
    Maksud: Orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.
    Contoh Ayat: Orang asing yang tinggal di negeri ini diberikan layanan yang baik.

  • Orang Asli
    Maksud: Penduduk asal sesebuah negeri.
    Contoh Ayat: Kebajikan orang asli di negara ini dikendalikan oleh Jabatan Orang Asli.

  • Orang Atasan
    Maksud: Orang yang berpangkat tinggi; pembesar.
    Contoh Ayat: Majlis itu akan dihadiri oleh orang atasan sahaja.

  • Orang Berada
    Maksud: Orang yang berharta.
    Contoh Ayat: Jamiah orang berada dan disegani di kampung ini.

  • Orang Biasa
    Maksud: Rakyat biasa.
    Contoh Ayat: Walaupun Tengku Kamal kerabat diraja dia tidak kekok bergaul dengan orang biasa.

  • Orang Buangan
    Maksud: Orang yang dihukum buang negeri.
    Contoh Ayat: Dia menjadi orang buangan dan tidak dibenarkan balik ke negerinya untuk jangka masa sepuluh tahun.

  • Orang Buruan
    Maksud: Orang yang dicari kerana kesalahan jenayah.
    Contoh Ayat: Pihak polis berjaya menangkap orang buruan itu ketika mereka cuba melarikan diri ke negara jiran.

  • Orang Dalam
    Maksud: Orang yang bekerja dalam sesuatu jabatan.
    Contoh Ayat: Orang dalam disyaki terlibat dalam kecurian itu.

  • Orang Dapur
    Maksud: Orang perempuan.
    Contoh Ayat: Hidangan ini disediakan oleh orang dapur saya, kata ayah kepada tetamu yang datang.

  • Orang Gaji
    Maksud: Pembantu rumah.
    Contoh Ayat: Orang gaji saya berasal dari Filipina.

  • Orang Galang
    Maksud: Orang yang menjadi pelindung kepada orang lain.
    Contoh Ayat: Ahmad sedia menjadi orang galang demi keselamatan majikannya.

  • Orang Halus
    Maksud: Roh, jin atau orang bunian.
    Contoh Ayat: Seorang bomoh telah dipanggil untuk menghalau orang halus yang dikatakan telah mengganggu penduduk kampung.

  • Orang Harapan
    Maksud: Orang yang dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas.
    Contoh Ayat: Sarjan Haris menjadi orang harapan dalam misi yang berbahaya itu.

  • Orang Kanan
    Maksud: Orang yang diharapkan.
    Contoh Ayat: Haliza menjadi orang kanan di syarikat itu setelah Pengurus Besarnya meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.

  • Orang Tua-Tua
    Maksud: Orang bijak dan berpengalaman.
    Contoh Ayat: Dengarlah nasihat orang tua-tua kerana mereka lebih berpengalaman dalam hidup.

  • Orang Upahan
    Maksud: Orang yang dibayar untuk membuat sesuatu kerja biasanya yang tidak baik.
    Contoh Ayat: Jaiman menjadi orang upahan dalam kes pembunuhan itu.

  • Otak Beku
    Maksud: Bodoh.
    Contoh Ayat: Ajarlah dia secara berperingkat-peringkat kerana dia otak beku.

  • Otak Cair
    Maksud: Pandai.
    Contoh Ayat: Habsah otak cair dan dia dapat menjawab semua soalan dengan tepat.

  • Pacat Kenyang
    Maksud: Pulang segera sesudah makan.
    Contoh Ayat: Rafeah seperti pacat kenyang kerana setelah dia makan segera hendak pulang.

  • Padang Jarak Padang Tekukur
    Maksud: Musnah.
    Contoh Ayat: Mengikut legenda, Pulau Langkawi telah disumpah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

  • Pak Sanggup
    Maksud: Orang yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan.
    Contoh Ayat: Rahmat menjadi pak sanggup dengan mengahwini Aishah demi menjaga nama baik gadis itu.

  • Pak Turut
    Maksud: Orang yang mengikut sahaja.
    Contoh Ayat: Sikap Hamdan yang pak turut menyebabkan dia terjebak dalam sindiket penyeludupan.

  • Paku Belanda
    Maksud: Harga tetap.
    Contoh Ayat: Barang-barang di situ semuanya paku belanda dan tidak boleh ditawar lagi.

  • Paling Hati = Berpaling Hati
    Maksud: Tidak setia.
    Contoh Ayat: Akibat tidak menepati janji, para penyokongnya telah berpaling hati.

  • Panas Rezeki
    Maksud: Sukar mendapat rezeki.
    Contoh Ayat: Zahari panas rezeki dan sudah tiga bulan dia menganggur.

  • Panjang Akal
    Maksud: Cerdik.
    Contoh Ayat: Walaupun miskin tetapi dia panjang akal. Akhirnya dia berjaya menjadi seorang jutawan.

  • Panjang Ekor
    Maksud: Berani berbuat jahat.
    Contoh Ayat: Dia memang panjang ekor kerana murid lain ke sekolah tetapi dia berjalan-jalan di pasar raya.

  • Panjang Lidah
    Maksud: Suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap.
    Contoh Ayat: Jangan panjang lidah nanti terjadi pergaduhan di kalangan teman-teman sekerja.

  • Pasang Badan
    Maksud: Berhias diri untuk memikat.
    Contoh Ayat: Beberapa bulan selepas kematian isterinya, Pak Mail mula pasang badan.

  • Pasang Kaki
    Maksud: Mengadakan pengintip.
    Contoh Ayat: Pihak berkuasa terpaksa pasang kaki di pelabuhan-pelabuhan untuk membanteras kegiatan penyeludupan.

  • Pasang Mata
    Maksud: Memerhatikan baik-baik; waspada.
    Contoh Ayat: Pengawal keselamatan itu terpaksa pasang mata kerana barang kemas yang dipamerkan mahal-mahal belaka.

  • Pasang Telinga
    Maksud: Mengintip atau mencuri dengar perbualan.
    Contoh Ayat: Ah Mun pasang telinga semasa abangnya berbual di telefon.

  • Pasar Gelap
    Maksud: Tempat jual beli yang tidak sah.
    Contoh Ayat: Peniaga pasar gelap itu telah ditangkap kerana menjual barangan curi.

  • Patah Arang = Berpatah Arang
    Maksud: Perselisihan yang tidak dapat didamaikan lagi.
    Contoh Ayat: Sulaiman telah berpatah arang dengan keluarga Salimah setelah pinangannya ditolak.

  • Patah Hati
    Maksud: Kecewa.
    Contoh Ayat: Sudin tidak patah hati walaupun telah dua kali gagal dalam pertandingan itu.

  • Patah Kandar
    Maksud: Sesuatu yang bertambah sukar; hilang tempat bergantung.
    Contoh Ayat: Hidup Salmi patah kandar sejak suaminya tidak bekerja.

  • Patah Lagu
    Maksud: Getaran suara apabila menyanyi.
    Contoh Ayat: Dendangan lagu Siti Nurhaliza menarik perhatian saya. Patah lagunya sungguh mengasyikkan.

  • Patah Lidah
    Maksud: Tidak dapat berkata-kata dengan lancar.
    Contoh Ayat: Semasa perdebatan itu saya seperti patah lidah apabila hendak mengemukakan pendapat.

  • Patah Perang
    Maksud: Kalah perang.
    Contoh Ayat: Dalam pertempuran di sempadan Thailand, pihak komunis telah patah perang dengan tentera Malaysia.

  • Patah Semangat
    Maksud: Hilang kemahuan untuk berusaha.
    Contoh Ayat: Setelah berumah tangga Mas Anizan patah semangat untuk bergiat dalam bidang seni.

  • Patung Bernyawa
    Maksud: Hidup yang tidak mempunyai cita-cita.
    Contoh Ayat: Keadaannya bagai patung bernyawa selepas ditinggalkan Rosli.

  • Pecah Amanah
    Maksud: Melanggar amanah.
    Contoh Ayat: Saidin dituduh pecah amanah apabila dia didapati menggunakan duit daripada tabung kebajikan untuk perbelanjaan peribadinya.

  • Pecah Khabar
    Maksud: Tersiar berita.
    Contoh Ayat: Telah pecah khabar bahawa Puteri Nila Kesuma masih hidup.

  • Pedih Hati
    Maksud: Pilu.
    Contoh Ayat: Pedih hati Azimah mendengar kata-kata tuan rumah yang menghinanya.

  • Pekak Badak
    Maksud: Pura-pura tidak mendengar.
    Contoh Ayat: Sukar menasihati Si Kasim kerana dia pekak badak.

  • Peluk Lutut = Berpeluk Lutut
    Maksud: Tidak bekerja.
    Contoh Ayat: Dia hanya berpeluk lutut dan berehat di rumah sementara isterinya sibuk bekerja.

  • Pembasuh Mulut
    Maksud: Manisan yang dihidangkan selepas makan.
    Contoh Ayat: Dia makan pengat pisang sebagai pembasuh mulut selepas makan tengah hari.

  • Pendekar Kata
    Maksud: Orang yang pandai berpidato.
    Contoh Ayat: Para penonton terpesona mendengar ucapan pendekar kata itu.

  • Pendekar pena
    Maksud: Orang yang pandai menulis rencana di surat khabar.
    Contoh Ayat: Ruangan ‘Lidah Pengarang’ di akhbar-akhbar biasanya dikendalikan oleh pendekar pena.

  • Pendekar Sambal
    Maksud: Pendekar yang pengecut dan mudah ditumbangkan.
    Contoh Ayat: Pendekar sambal itu lari lintang-pukang apabila dikejar anjing.

  • Pening-Pening Lalat
    Maksud: Berasa pening sedikit.
    Contoh Ayat: Ibu pening-pening lalat semasa memandu menaiki Bukit Fraser.

  • Perang Dingin
    Maksud: Bergaduh atau berperang secara takut-menakuti (menggertak); perang secara senyap-senyap.
    Contoh Ayat: Masalah kewangan adalah punca utama terjadinya perang dingin antara pasangan suami isteri.

  • Perang Gerila
    Maksud: Perang secara bersembunyi.
    Contoh Ayat: Selama tiga tahun rakyat di negara itu hidup dalam kesengsaraan akibat berlakunya perang gerila antara pihak tentera dengan para pemberontak.

  • Perang Mulut
    Maksud: Bertengkar.
    Contoh Ayat: Daun pokok rambutan menjadi punca perang mulut antara Mak Siput dan Mak Siti.

  • Perang Pena
    Maksud: Pertengkaran melalui tulisan di akhbar.
    Contoh Ayat: Perang pena antara parti-parti politik di negara kita sering berlaku di akhbar-akhbar.

  • Perang Saudara
    Maksud: Perang antara orang sebangsa.
    Contoh Ayat: Perang saudara yang berlaku di Afghanistan menyebabkan kerugian besar kepada negara itu.

  • Perang Terbuka
    Maksud: Perang secara besar-besaran.
    Contoh Ayat: Perang terbuka antara Iraq dan Iran menyebabkan banyak nyawa terkorban.

  • Peras Otak = Memeras Otak
    Maksud: Belajar bersungguh-sungguh.
    Contoh Ayat: Farid memeras otak untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

  • Peras Tenaga Orang = Memeras Tenaga Orang
    Maksud: Membuat orang bekerja untuk keuntungan dirinya.
    Contoh Ayat: Dia memeras tenaga orang untuk mengerjakan ladangnya tetapi upah yang diberikan terlalu sedikit.

  • Perigi Buta
    Maksud: Perigi yang tidak berair.
    Contoh Ayat: Perigi buta itu dijadikan tempat membuang sampah.

  • Perut Kapal
    Maksud: Bahagian kapal yang di tengah-tengah.
    Contoh Ayat: Perut kapal itu sangat luas dan boleh mengisi banyak barang.

  • Perut Kosong
    Maksud: Lapar.
    Contoh Ayat: Ibu melarang kami pergi ke sekolah dengan perut kosong.

  • Perut laut
    Maksud: Bahagian laut yang dalam.
    Contoh Ayat: Di perut laut terdapat pelbagai khazanah semula jadi.

  • Pilih Bulu = Memilih Bulu
    Maksud: Memandang kedudukan, bangsa dan keturunan.
    Contoh Ayat: Walaupun berjawatan tinggi, Roslan tidak memilih bulu untuk berkawan.

  • Pilih Kasih
    Maksud: Berat sebelah.
    Contoh Ayat: Ketika membesarkan anak-anaknya ayah tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih.

  • Pindah Tangan = Berpindah Tangan
    Maksud: Bertukar milik.
    Contoh Ayat: Tanah di hujung kampung itu telah berpindah tangan kepada Ah Chong.

  • Pinggang Kerengga
    Maksud: Ramping.
    Contoh Ayat: Wanita yang berpinggang kerengga sesuai memakai baju kebaya pendek.

  • Pintu Rezeki
    Maksud: Jalan untuk mendapat rezeki.
    Contoh Ayat: Pintu rezeki penduduk di sini terbuka apabila kilang kain itu memulakan operasinya.

  • Pintu Terbuka
    Maksud: Sedia menerima tetamu.
    Contoh Ayat: Salamah, seorang wakil rakyat yang mengamalkan sikap pintu terbuka sebab itulah rumahnya sering didatangi tetamu.

  • Pisau Cukur
    Maksud: Perempuan yang suka mengikis kekayaan lelaki.
    Contoh Ayat: Jangan dekati perempuan pisau cukur itu nanti habis semua wang kamu dikikisnya.

  • Potong Jalan
    Maksud: Mendahului sehingga menyebabkan orang yang sepatutnya mendapat sesuatu tidak berpeluang.
    Contoh Ayat: Aku yang sepatutnya mendapat gerai berniaga di situ tetapi Si Bujal telah potong jalan.

  • Putera Mahkota
    Maksud: Anak raja yang bakal naik takhta.
    Contoh Ayat: Putera sulung Raja Di Hilir telah ditabal menjadi putera mahkota negeri Pinang Sebatang setelah kemangkatan sultannya.

  • Puteri Lilin
    Maksud: Orang yang tidak tahan lasak atau panas.
    Contoh Ayat: Engkau ni seperti puteri lilin, berpanas sekejap pun sudah merungut, kata ayah kepada kakak.

  • Putih Hati
    Maksud: Ikhlas dan jujur.
    Contoh Ayat: Semenjak kecil Arief telah dididik dengan sikap putih hati.

  • Putih Mata
    Maksud: Terlepas peluang.
    Contoh Ayat: Nadiera berputih mata untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kelewatannya menghantar borang permohonan.

  • Putih Tapak Kaki
    Maksud: Lari sekuat-kuatnya.
    Contoh Ayat: Putih tapak kakinya ketika melarikan diri apabia dikejar oleh anjing liar itu.

  • Putih Tulang = Berputih Tulang
    Maksud: Mati.
    Contoh Ayat: Daripada menanggung malu kerana negara dijajah orang, baiklah berputih tulang di medan perang.

  • Putus Arang = Berputus Arang
    Maksud: Persahabatan yang putus sama sekali.
    Contoh Ayat: Peristiwa itu menjadikan mereka berputus arang.

  • Putus Kata
    Maksud: Mendapat kata sepakat.
    Contoh Ayat: Kedua-dua keluarga telah putus kata untuk melangsungkan perkahwinan antara Sabarudin dengan Sabariah pada bulan Ogos tahun ini.

  • Putus Rezeki
    Maksud: Hilang mata pencarian.
    Contoh Ayat: Pencemaran minyak di pantai ini menyebabkan nelayan di sini putus rezeki.

  • Putus Ubat
    Maksud: Upacara menamatkan ubat selepas sembuh.
    Contoh Ayat: Keluarga Jehan mengadakan kenduri putus ubat setelah Jehan sembuh daripada sakitnya.

  • Rabun Ayam
    Maksud: Tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.
    Contoh Ayat: Ishak rabun ayam, sebab itulah dia tidak keluar pada waktu malam.

  • Rabun Senja
    Maksud: Tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.

  • Raja Bola
    Maksud: Pemain bola yang handal.
    Contoh Ayat: Mokhtar Dahari pernah menjadi raja bola pasukan Selangor.

  • Raja Sehari
    Maksud: Pengantin.
    Contoh Ayat: Saya akan menjadi raja sehari dua hari lagi.

  • Rambang Mata
    Maksud: Tidak tahu mana yang hendak dipilih.
    Contoh Ayat: Saya menjadi rambang mata apabila melihat baju yang cantik-cantik itu.

  • Rangkai Hati
    Maksud: Orang kesayangan; Kekasih.

  • Retak Tangan
    Maksud: Nasib.
    Contoh Ayat: Sudah retak tangan Kim Moi yang kehilangan ibu bapa pada usia yang begitu muda.

  • Rezeki Harimau
    Maksud: Makanan yang banyak dan berjenis-jenis.
    Contoh Ayat: Tetamu yang datang ke majlis keraian itu dihidangkan dengan juadah bak rezeki harimau.

  • Rezeki Murah
    Maksud: Selalu mendapat keuntungan.
    Contoh Ayat: Rahman rezeki murah kerana baru dua hari di bandar dia telah mendapat pekerjaan tetap.

  • Ringan Kaki
    Maksud: Suka melawat atau berkunjung.
    Contoh Ayat: Aku suka berkawan dengan Anis kerana dia ringan kaki dan mudah diajak berbincang.

  • Ringan Kepala
    Maksud: Mudah memahami.
    Contoh Ayat: Izyan memang bijak dan ringan kepala. Semua formula yang diajar oleh guru dapat difahaminya.

  • Ringan Mulut
    Maksud: Peramah dan fasih.
    Contoh Ayat: Izati seorang gadis yang ringan mulut dan berbudi bahasa, sebab itulah dia disenangi oleh rakan-rakannya.

  • Ringan Tangan
    Maksud: Suka menolong.
    Contoh Ayat: Zahira menjadi kesayangan mentuanya kerana dia rajin dan ringan tangan.

  • Ringan Tulang Berat Perut
    Maksud: Orang yang rajin bekerja dan memperoleh kesenangan.
    Contoh Ayat: Hasil usahanya yang ringan tulang berat perut dia hidup senang di waktu tua.

  • Rosak Hati
    Maksud: Menderita.
    Contoh Ayat: Rosak hati Zaiton kerana ditinggalkan suaminya.

  • Rusuh Hati
    Maksud: Gelisah.
    Contoh Ayat: Tuan Puteri Lelasari berasa rusuh hati kerana ayahandanya pergi berperang.

  • Sagu Hati
    Maksud: Wang atau pemberian yang diberikan sebagai ganti rugi.
    Contoh Ayat: Sagu hati akan diberikan kepada semua penghuni setinggan apabila rumah mereka dirobohkan.

  • Sakit Hati
    Maksud: Marah kerana ditipu atau dihina.
    Contoh Ayat: Sakit hati saya apabila mendapat tahu dia telah menipu saya.

  • Salah Cakap
    Maksud: Maklumat yang disampaikan tidak tepat.
    Contoh Ayat: Jangan cepat percaya pada cerita Salmi kerana dia selalu salah cakap.

  • Salah Jalan = Tersalah Jalan
    Maksud: Tersesat.
    Contoh Ayat: Kami terlewat untuk menyaksikan persandingan Kamil kerana sewaktu kami hendak ke rumahnya, kami telah tersalah jalan.

  • Salah Langkah
    Maksud: Memulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti.
    Contoh Ayat: Disebabkan salah langkah hasil keluaran syarikatnya tidak mendapat pasaran yang baik.

  • Salah Mulut
    Maksud: Terlajak kata.
    Contoh Ayat: Akibat salah mulut, Suzi telah dimarahi oleh ibunya.

  • Salah Urat
    Maksud: Terseliuh atau terpelecok.
    Contoh Ayat: Dia salah urat semasa mengadakan latihan lompat tinggi semalam.

  • Sampai Ajal
    Maksud: Meninggal dunia.
    Contoh Ayat: Sekian lama dia menderita sakit dan kini telah sampai ajalnya.

  • Sampai Hati
    Maksud: Tergamak melakukan sesuatu.
    Contoh Ayat: Tidak sampai hati Tuk Ya hendak menembak rusa itu.

  • Saudara Angkat
    Maksud:
    A) Orang yang dipelihara oleh ibu bapa kita.
    B) Seseorang yang diakui sebagai saudara sendiri.
    Contoh Ayat:
    A) Jamil menjadi saudara angkat saya semenjak dia masih kecil.
    B) Semenjak Jamil tinggal bersama kami setelah kematian orang tuanya, kami menganggapnya sebagai saudara angkat kami.

  • Saudara Anjing
    Maksud: Adik-beradik seibu berlainan ayah.
    Contoh Ayat: Setelah ibunya berkahwin lain, Mariah memperoleh seorang saudara anjing bernama Mariana.

  • Saudara Baru
    Maksud: Orang yang baru memeluk agama Islam.
    Contoh Ayat: Salmiah Abdullah merupakan saudara baru dan kita perlu membimbingnya mendalami ilmu agama.

  • Saudara Dekat
    Maksud: Saudara-mara yang masih dekat pertaliannya.
    Contoh Ayat: Kami saudara dekat kerana ibu kami adik-beradik.

  • Saudara Kandung
    Maksud: Saudara seibu sebapa.
    Contoh Ayat: Ibu terpaksa menyerahkan saudara kandung saya kepada Mak Piah kerana kesempitan hidup.

  • Saudara Susu = Saudara Susuan
    Maksud: Menjadi saudara atau adik-beradik kerana menyusu daripada perempuan yang sama.
    Contoh Ayat: Dia menjadi saudara susuan saya kerana ibu telah menyusuinya sejak dia masih bayi lagi.

  • Sehelai Sepinggang
    Maksud: Pakaian yang ada pada tubuh.
    Contoh Ayat: Mangsa kebakaran itu tinggal sehelai sepinggang kerana semua harta benda mereka telah musnah.

  • Sejuk Hati
    Maksud: Perasaan tenang setelah dinasihat atau dipujuk.
    Contoh Ayat: Amir berasa sejuk hati setelah dinasihati oleh bapanya.



  • Sekangkang Kera
    Maksud: Kecil.
    Contoh Ayat: Hanya tanah sekangkang kera itulah hartanya.

  • Sekapur Sirih
    Maksud: Sekejap.
    Contoh Ayat: Dia singgah tidak lama sekadar sekapur sirih sahaja.

  • Senang Cakap
    Maksud: Mudah memperkatakan sesuatu tetapi sukar membuatnya.
    Contoh Ayat: Kau senang cakap tetapi apabila disuruh, batang hidung kau pun aku tidak nampak, kata Lily kepada Ahmad.

  • Senang Hati
    Maksud: Gembira kerana sesuatu.
    Contoh Ayat: Senang hati Mak Tijah kerana anaknya telah lulus dan menjadi seorang doktor yang bertauliah.

  • Sengkang Mata = Bersengkang Mata
    Maksud: Tidak tidur semalaman.
    Contoh Ayat: Mak Cik Ananti terpaksa bersengkang mata untuk menjaga anaknya yang sakit.

  • Senyum Kambing
    Maksud: Senyum mengejek.
    Contoh Ayat: Kami hanya senyum kambing apabila melihat gelagat Mona yang mengada-ada itu.

  • Senyum Kucing
    Maksud: Senyum yang ada muslihat.
    Contoh Ayat: Tali barut Jepun itu senyum kucing apabila memandang Salmah.

  • Senyum Manis
    Maksud: Senyum yang menarik.
    Contoh Ayat: Suzana tersenyum manis ketika diperkenalkan kepada keluarga bakal mentuanya.

  • Senyum Mesra
    Maksud: Senyum yang menunjukkan kemesraan.
    Contoh Ayat: Asha tersenyum mesra menyambut kepulangan anaknya.

  • Senyum Raja
    Maksud: Senyum yang dibuat-buat.
    Contoh Ayat: Dia tidak berkata apa-apa hanya tersenyum raja apabila diminta memberikan pendapat.

  • Senyum Simpul
    Maksud: Senyum sedikit.
    Contoh Ayat: Salina tersenyum simpul dan tersipu-sipu malu apabila dipuji oleh bakal mentuanya

  • Senyum Tawar
    Maksud: Senyum yang dibuat-buat ketika berdukacita.
    Contoh Ayat: Salmah yang dalam kesedihan hanya tersenyum tawar apabila disapa oleh rakan-rakannya.

  • Sepak Kertas
    Maksud: Tidak mempunyai pekerjaan.
    Contoh Ayat: Sudah dua bulan saya sepak kertas selepas syarikat tempat saya bekerja ditutup.

  • Separuh Mati
    Maksud: Terlalu penat.
    Contoh Ayat: Separuh mati Zaharah membersihkan rumah yang telah dua bulan ditinggalkan itu.

  • Seri Muka
    Maksud: Cahaya muka.
    Contoh Ayat: Seri muka Fadhilah masih kelihatan, maklumlah baru mejadi raja sehari.

  • Seri Panggung
    Maksud: Bintang bangsawan.
    Contoh Ayat: Mistijah digilai ramai pemuda semenjak menjadi seri panggung.

  • Serkap Jarang
    Maksud: Menuduh sembarangan.
    Contoh Ayat: Kalau menuduh orang biarlah dengan buktinya jangan pakai serkap jarang sahaja.

  • Setengah Tiang
    Maksud: Gila-gila.
    Contoh Ayat: Jangan percaya cakapnya kerana dia setengah tiang.

  • Singkat Akal
    Maksud: Tidak bijak.
    Contoh Ayat: Sikap Devi yang singkat akal telah merugikannya apabila dia menjual tanahnya dengan harga yang murah dan kini tanah itu bernilai berjuta-juta ringgit.

  • Singkat Umur
    Maksud: Umur pendek.
    Contoh Ayat: Danial singkat umur kerana dia meninggal dunia ketika berumur 30 tahun.

  • Suara Sumbang = Suara-Suara Sumbang
    Maksud: Pendapat yang bertentangan dengan pendapat umum.
    Contoh Ayat: Banyak suara-suara sumbang yang didengari Zaki selepas dia mengambil keputusan untuk membuka kolam ternakan udang di kampungnya.

  • Suntuk fikiran
    Maksud: Cetek pengetahuan.
    Contoh Ayat: Jika kamu tidak suka

  • Tahan Hati
    Maksud: Cekal.
    Contoh Ayat: Dia tahan hati menghadapi semua cabaran yang menimpa dirinya.

  • Tahi Air
    Maksud: Sampah yang mengapung di atas air.
    Contoh Ayat: Kolam itu dipenuhi dengan tahi air yang dibuang oleh penduduk di kawasan sekitar.

  • Tahi Ketam
    Maksud: Sisa kayu yang diketam.
    Contoh Ayat: Tahi ketam boleh digunakan untuk menanam pokok orkid.

  • Tahi Lalat
    Maksud: Titik atau tumbuhan kecil di kulit.
    Contoh Ayat: Mukanya bujur sirih dan bertahi lalat di tepi hidung.

  • Tahi Minyak
    Maksud: Cerewet.
    Contoh Ayat: Linggam memang tahi minyak, ada sahaja yang tidak kena pada pandangannya.

  • Tahu Adab
    Maksud: Berbudi bahasa.
    Contoh Ayat: Dia seorang yang tahu adab dan penghulu memandang tinggi kepadanya.

  • Tahu Ada
    Maksud: Mahukan sesuatu itu siap sedia.
    Contoh Ayat: Kita hendaklah berusaha memperoleh sesuatu yang dihajati, jangan tahu ada sahaja.

  • Tahu Adat
    Maksud: Sopan santun.
    Contoh Ayat: Gadis yang tahu adat itu telah dipinang orang.

  • Tahu Diuntung
    Maksud: Sedar akan kedudukan diri.
    Contoh Ayat: Husin tahu diuntung akan dirinya kerana itu dia tidak membangga diri.

  • Tajam Akal
    Maksud: Pintar.
    Contoh Ayat: Kanak-kanak yang tajam akal akan mendapat kemudahan menggunakan komputer secara percuma selama enam bulan di sekolah itu.

  • Tajam Ingatan
    Maksud: Tidak pelupa.
    Contoh Ayat: Nenek yang berumur seratus tahun itu masih tajam ingatan tentang sejarah hidupnya.

  • Tajam Pendengaran
    Maksud: Lekas dapat mendengar.
    Contoh Ayat: Walaupun sudah tua tetapi dia masih tajam pendengaran.

  • Tali Barut
    Maksud: Orang yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain.
    Contoh Ayat: Si Hamzah menjadi tali barut Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

  • Tangan Kosong
    Maksud: Hampa.
    Contoh Ayat: Zainab pulang dari bandar dengan tangan kosong kerana dia masih gagal mendapat sebarang pekerjaan.

  • Tangan Panas
    Maksud: Selalu gagal.
    Contoh Ayat: Dia tangan panas kerana semua rancangannya tidak menjadi.

  • Tangan Terbuka
    Maksud: Suka menolong orang; murah hati.
    Contoh Ayat: Kasmini menerima tanggunggjawab membiayai pelajaran anak yatim itu dengan tangan terbuka.

  • Tangkap Basah = Ditangkap Basah
    Maksud: Ditangkap ketika melakukan kesalahan.
    Contoh Ayat: Jabu ditangkap basah ketika menyeludup beras dari negara jiran.

  • Tangkap Buta
    Maksud: Menuduh sembarangan.
    Contoh Ayat: Kita perlu menyelidiki dahulu tentang hal yang berlaku. Jangan tangkap buta sahaja, kata Pak Mail.

  • Tangkap Muat
    Maksud: Membuat sesuatu pekerjaan asalkan siap sahaja.
    Contoh Ayat: Jangan tangkap muat sahaja semasa membuat projek itu, Encik Haidir mengingatkan para pekerjanya.

  • Tangkap Wap
    Maksud: Perbuatan yang sia-sia.
    Contoh Ayat: Usahanya seperti tangkap wap kerana tidak mendatangkan sebarang hasil.

  • Tarik Kesimpulan
    Maksud: Membuat kesimpulan.
    Contoh Ayat: Daripada cerita saksi, kita boleh tarik kesimpulan bahawa dia tidak bersalah.

  • Tarik Modal = Menarik Modal
    Maksud: Membawa masuk modal.
    Contoh Ayat: Kerajaan berusaha menarik modal para pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

  • Tarik Muka Dua Belas
    Maksud: Bermuka masam.
    Contoh Ayat: Seman tarik muka dua belas apabila Abu menuntut hutangnya.

  • Taruh Hati = Menaruh Hati
    Maksud: Suka.
    Contoh Ayat: Dalam diam-diam Mamat menaruh hati kepada Minah.

  • Taruh Mata
    Maksud: Melihat.
    Contoh Ayat: Khairul asyik taruh mata kepada Latifah yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.

  • Tawar Hati
    Maksud: Sudah hilang kepercayaan.
    Contoh Ayat: Sejak kejadian kehilangan wang itu, Zakiah telah tawar hati kepada orang gajinya yang disangka jujur.

  • Telinga Kuali
    Maksud: Orang yang tahan hati walaupun dimarahi.
    Contoh Ayat: Dia tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri apabila dimarahi kerana dia telinga kuali.

  • Teman Hidup
    Maksud: Suami atau isteri.
    Contoh Ayat: Syamsiah hendak mencari teman hidup yang bertugas sebagai imam masjid.

  • Teman Sejawat
    Maksud: Rakan tempat bekerja.
    Contoh Ayat: Teman sejawat saya saling memahami masalah kerja masing-masing.

  • Terang Hati
    Maksud: Lekas pandai.
    Contoh Ayat: Mudah sungguh mengajar Rafeah menganyam tikar kerana dia terang hati.

  • Terang Tanah
    Maksud: Waktu hampir-hampir siang.
    Contoh Ayat: Sebelum terang tanah lagi Pak Jalal telah pergi ke kebunnya.

  • Tidur Mati
    Maksud: Tidur yang sangat nyenyak.
    Contoh Ayat: Jamilah tidur mati dan langsung tidak sedar semasa pencuri memasuki rumahnya.

  • Tidur-Tidur Ayam
    Maksud: Tidur yang tidak nyenyak.
    Contoh Ayat: Rubiah tidur-tidur ayam sahaja kerana menunggu anaknya yang belum balik.

  • Tikam Lidah = Bertikam Lidah
    Maksud: Berbantah atau bertengkar.
    Contoh Ayat: Ramlah bertikam lidah dengan Hazwani mengenai tugas mereka.

  • Tin Kosong
    Maksud: Orang yang banyak cakap tetapi tidak berilmu.
    Contoh Ayat: Janganlah terpengaruh dengan kata-katanya kerana dia tin kosong.

  • Tinggi Hari
    Maksud: Waktu matahari sudah tinggi.
    Contoh Ayat: Biasakan diri bangun awal dan elakkan bangun di waktu tinggi hari.

  • Tinggi Hati
    Maksud: Megah dan sombong.
    Contoh Ayat: Banyak orang tidak suka kepada Tumina kerana dia tinggi hati.

  • Titi Buih = Meniti Buih
    Maksud: Melakukan pekerjaan yang sangat sukar.
    Contoh Ayat: Pekerjaan menyelamatkan mangsa kebakaran dari bangunan yang tinggi sama seperti meniti buih.

  • Titik Peluh
    Maksud: Hasil usaha sendiri.
    Contoh Ayat: Dia amat menyayangi rumah pusaka yang didudukinya sekarang kerana ia didirikan dengan titik peluh ayahnya.

  • Tua-Tua Keladi
    Maksud: Orang tua yang berperangai buruk.
    Contoh Ayat: Dia tua-tua keladi walaupun sudah tua tetapi masih suka mengganggu perempuan.

  • Tua-Tua Kelapa
    Maksud: Orang yang semakin tua semakin baik perangainya.
    Contoh Ayat: Selepas bersara sikap Encik Salman bagai tua-tua kelapa kerana dia sering membuat kerja-kerja amal dan kebajikan.

  • Tua-Tua Terung Masam
    Maksud: Orang tua yang berperangai muda.
    Contoh Ayat: Pak Ali bersikap seperti tua-tua terung masam, walaupun sudah tua dia masih suka ke kelab dangdut.

  • Tulang Belakang
    Maksud: Punca kekuatan.
    Contoh Ayat: Pasukan penyunting yang baik menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah itu.

  • Tulang Hitam
    Maksud: Sumsum.
    Contoh Ayat: Ketika kami berada di kemuncak Gunung Kinabalu, sejuknya terasa hingga ke tulang hitam.

  • Tulang Itik
    Maksud: Orang yang tidak kuat bekerja.
    Contoh Ayat: Dia lebih banyak berehat daripada bekerja kerana dia tulang itik.

  • Tulang Kering
    Maksud: Tulang dari lutut hingga pergelangan kaki.
    Contoh Ayat: Tulang keringnya sakit kerana terpukul kayu hoki.

  • Turun Minyak
    Maksud: Menjadi berang atau ganas.
    Contoh Ayat: Gajah itu turun minyak dan memusnahkan banyak tanaman penduduk kampung.

  • Turun Takhta
    Maksud: Melepaskan jawatan raja.
    Contoh Ayat: Baginda dengan rela hati akan turun takhta memandangkan kesihatan baginda yang semakin tidak memuaskan.

  • Ubat Hati = Pengubat Hati
    Maksud: Penghibur hati.
    Contoh Ayat: Setelah Zaiton meninggal dunia, hanya Rokiahlah yang menjadi pengubat hati Mak Tijah.

  • Ubat Jerih
    Maksud: Upah.
    Contoh Ayat: Tersenyum lebar Zakiah apabila menerima enam ratus ringgit sebagai ubat jerih menyulam baju-baju itu.

  • Untung Batu
    Maksud: Nasib yang buruk.
    Contoh Ayat: Nakhoda itu mengalami untung batu kerana kapalnya telah diserang lanun.

  • Untung Sabut
    Maksud: Nasib yang baik.
    Contoh Ayat: Nakhoda Tanggang untung sabut kerana perniagaannya sangat menguntungkan.

  • Wang Duka
    Maksud: Wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.
    Contoh Ayat: Ismadi mendapat wang duka hasil daripada kutipan derma kakitangan pejabat ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia.

  • Wang Hantaran
    Maksud: Wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.
    Contoh Ayat: Wang hantaran perkahwinan kakak berjumlah sepuluh ribu ringgit.

  • Wang Suap
    Maksud: Bayaran yang diberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah.
    Contoh Ayat: Saya enggan membayar wang suap kepada pegawai yang berkenaan kerana perkara tersebut menyalahi undang-undang.

  • Zaman Bahari
    Maksud: Zaman purbakala.
    Contoh Ayat: Barang-barang yang ditemui itu merupakan barang-barang zaman bahari yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

  • Zaman Puntung Berasap
    Maksud: Zaman kuno.
    Contoh Ayat: Manusia di zaman puntung berasap kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan.

 

About

Aplikasi MySimB'

MySimB' merupakan salah satu teknologi pendidikan berasaskan multimedia untuk sesi pembelajaran yang lebih baik. Ia berupaya memberi panduan kepada pelajar dalam mencari makna simpulan bahasa berasaskan carian indeks atau kata kunci. Melalui MySimB', pelajar akan lebih mudah memahami simpulan bahasa kerana penyampaian yang digunakan sangat menarik dan menyeronokkan. MySimB' juga dibangunkan berasaskan web interaktif dan mampu digunakan dalam aplikasi telefon mudah alih. Ia adalah hasil kerjasama pensyarah Fakulti Komputer, Media dan Pengurusan Teknologi dari Universiti Kolej TATI (UC TATI).